Friday, February 10, 2017

PERKENALAN DI LAMAN SOSIAL.

Perkenalan hanya dilaman sosial. bermula dengan hanya sepatah kata hingga membawa berjuta-juta huruf yang membawa beribu makna bagi mereka yang buta dalam celik dan juga celik dalam buta.

Permulaan chat hanya di facebook kemudian makin rapat hingga ke sms. whatsapp dan call sehingga lewat malam.

Dalam rancak membina perhubungan yang tidak nyata hingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab hakiki sebagai manusia yang dilahirkan ke dunia oleh Allah S.W.T yang Maha Kuasa. Lebih banyak berhubung dengan manusia berbanding Tuhan Yang Esa.

Permulaan zina bermula dengan mata, turun pula ke jari yang menari menaip cinta kepada yang tidak perlu. Kemanisan itu turut bermain dengan kata-kata yang sememangnya dusta dengan mengundang murka Allah yang telah didua,ditigakan oleh pasangan domba tanpa segan silu mengalahkan pasangan yang halal lagi sah.

Bila hati menari bicara, semua benda indah belaka,
busuk buruk dilihat permata, kerana mata ,telinga, dan hati telah menjadi buta oleh nafsu tempat bisikan syaitan yang sememangnya tugasnya menggoda anak cucu adam.

Wahai anak remaja dan juga belia dewasa. sebelum terkena panahan cinta syaitan yang indah di dunia dan mengundah petaka di akhirat. lebih elok kamu persiapkan diri untuk elak daripadanya dengan Cintai Allah dan Rasul-Nya yang akan membawa kamu ke syurga.

Cinta Dunia hanya sementara.
Manisnya akan hilang bila-bila.
Menyesal hampir nak gila.
Juga sudah tidak berguna.

Ingat Tuhan Yang Maha Kuasa.
Pintu taubatNya masih dibuka.
Tinggalkan silam yang duka luka.
Raihlah cintaNya yang Maha Kaya.

Kita semua punya dosa.
jangan buat silap yang sama.
nyawa kita hanya didunia.
mati nanti disoal semua.

sebelum dihumban ke neraka.
mohon ampun segala dosa.
moga-moga Allah terima.
Taubat Kita hamba berdosa.